Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia

Iklan
Nurulhidayah memuat naik gambar bersama suaminya, Saiful Nizam (tengah) dan peguam syarie, Fakhrul Azman (kiri) di Instagram pada Selasa. Foto Instagram Nurulzahid.

SHAH ALAM - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.

Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau berkata, proses untuk mendapatkan pengesahan itu mengambil masa selama tujuh tahun.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah selepas tujuh tahun, segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup.

"Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang mengambil kesempatan atas ‘kemudahan’ yang bakal memberi implikasi di kemudian hari,” katanya pada Selasa.

Iklan

Difahamkan, status perkahwinan Nurulhidayah dengan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sah di sisi agama, namun surat nikah daripada kerajaan Arab Saudi tetap perlu diperakui di Malaysia.

Anak sulung Ahmad Zahid itu memaklumkan, sebarang perkahwinan di luar negara perlu mendapat pengesahan kerajaan Malaysia terlebih dahulu.

Iklan

"Pernikahan di luar negara perlu mendapat pengesahan di Malaysia baru boleh dapat surat dan sijil nikah dari kerajaan Malaysia,” ujarnya ringkas menerusi ruangan komen.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih buat peguam syarie, Fakhrul Azman Hasan kerana menguruskan kes terbabit daripada awal sehingga akhir.

Untuk rekod, Nurulhidayah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati di Masjidil Haram, Makkah pada 2017 lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!