TI-M bimbang beberapa inisiatif dalam NACP digugurkan

Iklan
Muhammad

SHAH ALAM - Transparency International Malaysia (TI-M) menzahirkan kebimbangan mengenai penyingkiran beberapa inisiatif dari Pelan Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2021 - 2023 (NACP) yang tidak diteruskan di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan Malaysia 2024 - 2028 (NACS) yang dilancar 7 Mei lalu.

TI-M dalam kenyataan berkata, inisiatif berkaitan pengasingan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) di bawah NACP 4.1.2 didapati tiada dalam NACS, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius.

Iklan
Iklan

"Pengasingan kuasa ini sudah dikaji oleh pelbagai jawatankuasa kerajaan sejak 2018, tanpa sebarang laporan yang boleh diakses secara umum.

"Dalam tempoh dua tahun pemerintahan kerajaan, dilihat masih belum ada garis masa diberikan kepada rakyat mengenai pengasingan itu dan kini, inisiatif itu tiada dalam NACS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Turut digugurkan dalam adalah inisiatif NACP 1.2.7 mengenai pengenalan had penggal untuk Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar.

"TI-M percaya kerajaan perlu lebih telus dan bertanggungjawab terhadap isu-isu utama ini dan menyediakan garis masa, pelan hala tuju serta penjelasan yang jelas kepada rakyat mengenai langkah yang akan dilaksana di masa hadapan," katanya.

Iklan

Sambil menyambut baik pelancaran NACS oleh kerajaan, TI-M turut berharap kerajaan mengambil langkah pertama untuk melaksanakan usaha kerjasama antara kerajaan dan organisasi masyarakat sivil dalam pembentukan NACS.

"Biarpun masih terdapat banyak ruang penambahbaikan serta perubahan pendekatan yang menunjukkan kerajaan sekarang mengiktiraf kepentingan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam memerangi rasuah," kata kenyataan itu.

TI-M menjelaskan biarpun NACS dilihat sebagai mendokumenkan strategi yang ingin dicapai kerajaan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang, dokumen ini perlu dipantau secara telus dengan 'output' yang boleh diukur dalam tempoh masa tertentu.

Justeru, katanya, TI-M menggesa Bahagian Perancangan Tadbir Urus Negara (NGPD) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempertimbangkan usaha kerjasama dengan agensi kerajaan serta organisasi masyarakat sivil berkaitan.CS

"Setiap 60 strategi perlu menyediakan papan pemuka (Dashboard) yang boleh diakses secara umum dengan garis dasar, sasaran dan tonggak boleh ukur yang diperbaharui secara berkala tetap, dengan pautan kepada aktiviti, perundangan atau laporan yang telah siap," katanya.

Sementara itu, Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan berkata, jika setiap kemajuan inisiatif dapat diakses dan dilihat semua masyarakat, persepsi orang ramai terhadap komitmen kerajaan membasmi rasuah akan menjadi lebih baik, sekali gus memberi kesan positif kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara pada jangka panjang.

Katanya, bagi memastikan ketelusan strategi dilaksanakan, penting bagi agensi bertanggungjawab dalam penyampaian setiap strategi, tidak seharusnya menjadi satu-satunya pihak yang memantau dan melaporkan kemajuan strategi mereka.

"Tugasan ini perlu dikongsi bersama pihak luar dan pihak bebas seperti Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (CSO), organisasi berasaskan komuniti, Majlis Peguam, badan piawaian dan akademik bagi memastikan pelaksanaan strategi dijalankan dengan penuh ketelusan dan berintegriti.

"Ia juga akan dapat menghalang sebarang dakwaan oleh mana-mana pihak berkaitan keberkesanan penyampaian strategi yang dilihat sekadar buat tanpa ada sebarang penelitian keatas pelaksanaannya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!