52 mangsa banjir lahar dingin di Indonesia terkorban, 17 hilang

Iklan
Banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia. Foto Xinhua

JAKARTA - Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia, kata seorang pegawai kanan agensi bencana tempatan pada Selasa.

Operasi mencari mangsa yang hilang disambung semula pada Selasa berikutan beberapa peralatan jentera berat telah ditambah ke lokasi kejadian bagi membantu operasi itu, kata ketua unit pemulihan dan pembinaan semula agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah, Ilham Wahab, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Jumlah mayat yang ditemui kini ialah 52 orang dan jumlah yang hilang ialah 17 orang. Angka-angka ini akan terus berubah apabila orang ramai terus melaporkan tentang ahli keluarga mereka yang hilang," katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Wahab menyatakan bahawa usaha bantuan kecemasan yang sedang berlangsung akan diikuti dengan program rekonstruksi dan rehabilitasi.

Iklan
Banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia. Foto Xinhua

Pakar akan dilibatkan untuk mempertimbangkan sama ada perlu dilakukan pemindahan penduduk yang tinggal di kawasan berbahaya, seperti di tepi sungai yang hulunya berada di lereng gunung berapi Marapi dan Singgalang, yang terus meletus dan mengeluarkan bahan-bahan volkanik, tambahnya.

Menurut Leftenan Jeneral Suharyanto, ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, bencana alam itu menyebabkan lebih 3,000 orang terpaksa melarikan diri dan berlindung di kawasan yang lebih selamat.

Iklan

"Membaiki jalan yang rosak adalah antara keutamaan dalam usaha bantuan," katanya dalam pesanan ringkas sambil menambah keperluan asas penduduk yang terjejas banjir akan dipenuhi.

Hujan lebat pada Sabtu malam menyebabkan air sungai melimpahi tebing, sekali gus menjejaskan Kabupaten Agam, Tanah Datar Pariaman dan Pekan Padang Panjang. - Bernama