Tiada bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM

Iklan
Anwar pada sesi plenari sempena Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 pada Selasa. Foto Bernama

DOHA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tiada secebis pun bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, telah dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.

"(Namun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka," katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Haslinda Amin pada Forum Ekonomi Qatar di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan di perairan negara.

Minggu lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, yang berada di Doha sejak Ahad, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar hari ini. - Bernama