Kempen ‘Blockout2024’: Tidak perlu sampai menghina

Iklan
Laporan Sinar Harian

Sejak penganjuran MetGala pada minggu lalu, pengguna media sosial kini heboh dengan kempen Blockout 2024 bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga dan Justin Bieber.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, netizen Malaysia juga tidak ketinggalan menyuarakan hal sama dan menyenaraikan beberapa nama selebriti dan pempengaruh di negara ini yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel tanpa segan silu.

Orang ramai di media sosial serata platform termasuk Facebook, X, Instagram dan TikTok berkongsi senarai selebriti Malaysia untuk diboikot dengan tanda pagar #Blockout2024 termasuk nama-nama pelakon popular.

Iklan

Tinjauan di ruangan komen beberapa media sosial mendapati ada dalam kalangan pengguna media sosial yang sanggup memboikot kumpulan terbabit meskipun meminati figura tersebut.

Susulan itu, terdapat beberapa selebriti terkenal dan pempengaruh yang tampil memohon maaf dan menjelaskan salah faham tersebut selepas nama mereka turut disenarai oleh netizen.

Iklan

Pelbagai reaksi yang diterima pengguna media sosial yang rata-rata memberikan respons positif mengenai permohonan maaf berkenaan dan mengeluarkan selebriti itu daripada senarai kempen.

Bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat segelintir pihak yang memberi komen kurang menyenangkan dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina rupa paras individu terbabit.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menegur perbuatan tidak perlu sehingga menghina kerana ia boleh mencetuskan perbalahan, pergaduhan dan perdamaian yang ada pada ketika ini.

Apa-apa pun, diharapkan agar kempen yang dilaksanakan itu dapat dibuat dengan baik tanpa menimbulkan sentimen negatif yang akan mengundang kepada perpecahan serta polemik sama ada secara sengaja atau tidak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!