Selepas Sheriff
Iklan
Tahun 1994."Kalau ada rezeki suatu masa nanti saya nak jadi produser filem. Kalau boleh hendak jadi pengarah juga.” Saya masih ingat ayat-ayat itu.
Dia ketawa. Sinis. Masih terbayang-bayang raut mukanya ketika itu. Muka yang seolah-olah menggamit suruh ditumbuk tetapi kerana dia lebih berumur dan saya pula penyabar orangnya, maka saya telan sahaja ketawa sinisnya itu.