Manchester City di ambang pertahan kejuaraan EPL

Iklan
Haaland. Foto Agensi

DUA gol Erling Haaland meletakkan penyandang juara, Manchester City di ambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut selepas mengecewakan Tottenham Hotspur, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur, London pada Rabu.

Gol dijana minit ke-51 dan minit 91 separuh masa kedua oleh pemain itu, membolehkan The Citizens kembali ke puncak liga dengan 88 mata, dua mata mengatasi Arsenal di tangga kedua.

Iklan
Iklan

City sebelum ke London, gagal memperoleh mata atau menjaringkan gol dalam empat lawatan pertama liga ke stadium baharu Tottenham, berjaya memadamkan catatan lalu apabila tepat pada masanya menggembirakan penyokong-penyokong Citizens.

Kemenangan ke-27 selepas mengharungi 38 perlawanan menyaksikan Manchester City kendalian Pep Guardiola yang tidak tewas dalam 22 perlawanan liga sekali lagi menunjukkan kelab bandaraya Manchester itu adalah pakar mengejar kejuaraan, hanya memerlukan keputusan seri dalam perlawanan terakhir menentang West Ham United di Stadium Etihad pada Ahad.

Iklan

Sementara Arsenal, asuhan Mikel Arteta pula akan melayan kunjungan Everton di Stadium Emirates hari sama perlu menang selain pada masa sama mengharapkan keajaiban The Hammers kendalian David Moyes mengatuk keluar The Citizens dari takhta liga.

Kekalahan ke-12 The Lilywhites didikan Ange Postecoglou memadam terus harapan tipis Tottenham untuk menamatkan saingan di tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara yang menjadi milik Aston Villa, walaupun satu keputusan dialu-alukan segelintir penyokong yang tidak suka melihat kelab London itu menawarkan kejuaraan liga kepada seteru setempat, Arsenal.

Iklan

INFO

Kisah Erling Haaland dalam Liga Perdana Inggeris musim ini:

- 30 Permainan

- 27 Gol

- 5 Bantuan Gol

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!