SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar dapat melaksanakan beberapa pembaharuan utama pada Jun ini sekiranya tidak mahu melihat rakyat ‘turun ke jalan’ sekali lagi.
Ambiga berkata, sekiranya perkara yang telah digubal itu tidak dapat dilakukan ia menunjukkan kegagalan sepenuhnya komitmen PH untuk melakukan pembaharuan.