Hampir 30 kereta mini mainan kanak-kanak terbakar

Iklan
Kira-kira 30 unit kereta mini mainan terbakar dalam kejadian berhampiran Menara Alor Setar, pada awal pagi Rabu. Foto Bomba Kedah

ALOR SETAR - Hampir 30 unit kereta mini mainan kanak-kanak musnah dalam kebakaran berhampiran Menara Alor Setar di sini, pada awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.50 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PGO Kedah telah mengarahkan jentera Fire Rescue Tender (FRT), van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit bermotor bomba dari BBP Alor Setar ke lokasi kejadian dan mereka tiba pada jam 3.54 pagi.

"Pegawai operasi melaporkan sebaik tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan hampir 30 unit kereta mainan.

Iklan
Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak bomba. Foto Bomba Kedah

"Tindakan yang diambil adalah memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran dua pancutan sehingga tiada lagi punca api di lokasi kebakaran," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Naufal berkata, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dan operasi sepenuhnya tamat pada jam 4.45 pagi.

Iklan

Menurutnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihaknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!