Sekali bergelar guru, sampai hujung nyawa dipanggil cikgu - Fadhlina

Iklan
Fadhlina

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua individu yang bergelar pendidik di seluruh negara.

Beliau berkata, seorang guru yang baik dan berjasa tidak mungkin pernah dilupakan masyarakat, sebab itu mereka sering dijadikan sebagai rujukan oleh penduduk.

Iklan
Iklan

"Dipanggil pula dengan panggilan Cikgu (singkatan bagi Encik Guru). Sekali bergelar guru, sampai hujung nyawa dipanggil Cikgu.

"Selamat Hari Guru. Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 diadakan bermula 14 hingga 16 Mei 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC).

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, sambutan kali ke-53 bertema 'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani' itu dijadual dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Poster ucapan Selamat Hari Guru yang dimuat naik oleh Fadhlina menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, antara objektif sambutan Hari Guru tahun ini ialah memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan peranan guru dalam usaha membangunkan anak bangsa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Setiap tahun sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei bagi menghargai pengorbanan guru yang bertungkus lumus melaksanakan amanah dan tanggungjawab mendidik rakyat khususnya generasi akan datang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!