Rogol kanak-kanak, jurukimpal dijel enam tahun, satu sebatan

Iklan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun pada 4 Mei lalu.

KOTA BHARU - Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sembilan bulan ketika kejadian, di dalam sebuah bangunan di Jelawat, Bachok jam 8.20 malam pada 4 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan Akta 574 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Iklan

Terdahulu, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulbasysyar Saharrudin.

Ahmad Faiz Fitri semasa penghujahan memohon hukuman setimpal dikenakan yang boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Iklan

Bagaimanapun, Muhammad Zulbasysyar pula memohon hukuman minimum memandangkan perbuatan itu adalah suka sama suka dan tertuduh pula perlu menyara keluarga.

Hakim kemudiannya menjatuhi hukuman penjara enam tahun dari tarikh ditangkap dan satu sebatan.

"Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada anda dan tidak mengulangi perbuatan ini pada masa akan datang,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!