Undang Luak Rembau meninggal dunia

Iklan
Muhamad Sharip meninggal dunia 9.15 pagi tadi. Foto Bernama

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.

Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin ketika dihubungi berkata Allahyarham Muhamad Sharip, 83, meninggal dunia akibat sakit tua.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan rasmi daripada Balai Rasmi Undang Luak Rembau, jenazah akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau pada 12.30 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham Muhamad Sharip akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat asar.

Iklan

Allahyarham Muhamad Sharip dan isteri Allahyarhamah Tok Puan Siti Ramalah Yunus memiliki lima anak lelaki.

Muhamad Sharip dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 November 1998. - Bernama

Iklan
Undang Luak Rembau meninggal dunia