Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu pelaburan tidak wujud

Iklan
Mangsa terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan di Facebook yang menggunakan nama sebuah syarikat antarabangsa. Gambar hiasan

ALOR SETAR - Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan yang menggunakan nama Warburg Pincus Legacy's melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan menekan satu pautan dan terus dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp sejak Februari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada permulaan, mangsa telah membuat bayaran modal berjumlah RM2,000 dan memperoleh keuntungan berjumlah RM780.

"Selepas itu, pengadu membuat bayaran modal lagi sebanyak 21 kali transaksi ke akaun bank yang dibekalkan sehingga berjumlah RM1,102,000.

Iklan

"Bagaimanapun, mangsa tidak mendapat sebarang keuntungan malah diminta membuat bayaran tambahan berjumlah RM900,000 lagi untuk mendapatkan kesemua wangnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas Yew Lik, mangsa tidak membuat bayaran tambahan yang diminta kerana semakin curiga dan mula mengesyaki dirinya ditipu.

Iklan

Katanya, mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pada 9 Mei lalu.

"Siasatan mendapati laman Facebook terbabit adalah palsu dan menggunakan nama Warburg Pincus iaitu sebuah syarikat pelaburan antarabangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!