Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Azam.

AMPANG - Seorang lelaki yang mendakwa dagunya cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai, telah membuat laporan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.

Iklan
Iklan

"Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci berkaitan kes itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan pemilik akaun X yang dikenali sebagai MuasRosdi akan tampil membuat laporan pada Rabu.

Iklan

Dia turut memaklumkan pihak SUKE juga sudah menghubungi dan mengambil keterangan berkaitan kejadian itu serta berharap rondaan untuk semak keadaan jalan dapat diperbanyakkan selepas ini.

Sebelum ini tular satu paparan berkaitan insiden di laman sosial.

Iklan

Paparan tersebut menunjukkan seorang individu yang menyatakan bahawa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di jalan tersebut pada jam 6.30 petang, Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!