[VIDEO] Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki

Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dakwaan penahanan itu dikatakan berkaitan dengan siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Sebelum itu, seorang pemimpin politik kanan sebuah parti di Perlis mendakwa lima ADUN di negeri itu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Iklan

Dakwanya, ia susulan penahanan anak kepada Menteri Besar Perlis yang ditahan suruhanjaya itu hujung April lalu atas dakwaan membuat tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan berjumlah RM600,000.

Azam.

Pada 26 April, anak lelaki kepada Menteri Besar Perlis yang direman SPRM, dilepaskan dengan jaminan SPRM, beserta empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Iklan

Berikutan itu, 30 April lalu, Azam mengesahkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebas dengan ikat jamin selepas direkod keterangan hampir lapan jam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan isu salah guna kuasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!