Proses mediasi tiga pemimpin DAP, Dr Siti Mastura gagal

Iklan
SN Nair (tengah) bercakap dengan media selepas proses mediasi di Mahkamah Tinggi George Town pada Rabu.

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Kes saman fitnah tiga pemimpin veteran DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Mohamad gagal diselesaikan melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Peguam ketiga-tiga pemimpin DAP, Datuk SN Nair berkata, kedua-dua pihak tidak mencapai kata persetujuan dalam proses mediasi itu.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, kes akan dibicarakan pada 2 September ini di Mahkamah Tinggi George Town.

"Proses mediasi bermula 11 pagi tadi tetapi semua pihak tidak dapat mencapai persetujuan.

Iklan

"Malangnya kita tidak dapat menemui jalan penyelesaian. Oleh itu, kes ini akan dibawa ke perbicaraan.

"Bagaimanapun, kita masih menawarkan sebarang usaha penyelesaian pada bila-bila masa dari sekarang," katanya selepas proses mediasi itu selesai di luar Bilik Mediasi Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Iklan

Turut hadir, Siti Mastura dan peguam, Mohd Faizi Che Abu.

Tambah SN Nair, proses perbicaraan saman difailkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; bapanya yang juga veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim akan dibicarakan serentak di mahkamah nanti.

Sebelum ini, ketiga-tiga pemimpin DAP itu menyaman Dr Siti Mastura berhubung ucapannya dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman, yang mana saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Guan Eng, Kit Siang dan Teresa Kok selaku plaintif pada 27 November tahun lalu.

Menerusi pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan parti komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November 2023, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Ketiga-tiga ahli politik itu menegaskan bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu serta berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan parti komunis serta Chin Peng.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!