Perdana Menteri Slovakia ditembak

Iklan
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico telah dihantar ke hospital selepas ditembak dan mengalami kecederaan pada Rabu. Foto Reuters

ATHENS - Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico telah dihantar ke hospital selepas ditembak dan mengalami kecederaan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media kerajaan, agensi berita TASR.

Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat kerajaan diadakan.

Iklan
Iklan

Penyerang ditahan selepas serangan itu, katanya.

Televisyen tempatan JOJ melaporkan seorang lelaki yang berada di khalayak ramai melepaskan tembakan ke arah perdana menteri ketika beliau keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar berkenaan. - Bernama

Iklan

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!