Luluh hati ibu tatap wajah anak maut jatuh gaung

Iklan
Tiga lelaki maut selepas lori yang mereka naiki terjatuh ke gaung di Lojing, Gua Musang pagi tadi. - Foto Bomba

GUA MUSANG - Luluh hati seorang wanita Orang Asli suku Semai apabila menatap wajah anaknya semasa membuat proses pengecaman di Unit Forensik, Hospital Gua Musang, di sini, susulan kemalangan tiga maut melibatkan sebuah lori simen terbabas ke dalam gaung di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.

Rohani Adi, 50, berkata, dia tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli, 28, merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapat perkhabaran tentang tragedi itu selepas dimaklumkan anak sulungnya yang turut membantu mencari mangsa selepas lori yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung.

"Saya tidak dapat menahan perasaan apabila melihat keadaan anak ketika dipanggil untuk proses pengecaman. Rasa sebak dan tidak percaya kerana mendiang keluar bekerja seperti biasa.

Iklan

"Kali terakhir kami berjumpa kira-kira 8 pagi tadi selepas dia minum kopi yang disediakan saya sebelum pergi kerja,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Sementara itu, Norhayati Baseh, 42, yang merupakan isteri kepada pemandu lori yang terlibat di dalam kemalangan itu pula berkata dia tidak menyangka sikap gembira suaminya David Harun, 42, yang mencium serta memeluk anak bongsu mereka merupakan kali yang terakhir sebelum maut dalam insiden berkenaan.

Iklan

Menurutnya, David memiliki lesen memandu lori dan berpengalaman kira-kira tujuh tahun mengendalikan lori simen.

"Pada 7.30 pagi tadi suami memeluk dan mencium anak bongsu kami sebelum keluar bekerja.

"Saya hanya mengetahui suami terlibat dalam kemalangan menaiki lori bersama dua rakan baiknya selepas diberitahu seorang rakan,” katanya. - Bernama kemalangan, lori simen, Orang Asli.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!