Tambah elaun pedalaman kepada guru - NUTP
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan disarankan menambah baik pemberian elaun pedalaman mengikut kriteria dan cabaran yang dihadapi warga pendidik khususnya melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah kawasan terbabit.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, ia perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dan keperluan semasa bagi menepati keperluan sekali gus membantu usaha mendidik pelajar di kawasan terbabit.