Pempengaruh Singapura teruja jadi nenek usia muda

Iklan
Ling bergelar nenek pada usia 34 tahun. Foto Agensi

SINGAPURA - Seorang pempengaruh Singapura mencetuskan debat di kalangan netizen selepas bergelar nenek pada usia 34 tahun.

Menurut South China Morning Post, Shirli Ling yang kini berusia 35 tahun mendapat cucu pertamanya tahun lalu selepas anak lelaki sulung berusia 17 tahun dan teman wanitanya telah bergelar ibu bapa pada usia muda.

Iklan
Iklan

Ling yang turut mengusahakan restoran hot pot ayam dilaporkan pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai lima anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.

Dalam video yang dimuat naik akaun instagram pempengaruh tersebut, dia membincangkan pengalamannya menjadi nenek pada usia muda.

Iklan

"Ia bergantung kepada cara anda melihat dan menguruskannya," menurut ciapannya.

Dalam video lain, Ling berkata, dia tidak menggalakkan anak-anaknya untuk mempunyai anak kecil kerana pernah berpengalaman menjadi ibu tunggal pada usia muda.

Iklan

Namun, dia masih lagi memberi nasihat dan sokongan daripada memarahi semua anaknya.

"Memandangkan ia sudah berlaku, saya hanya boleh mengajar mereka cari untuk berdepan dengan situasi ini serta lebih bertanggungjawab dengan tingkah laku mereka," tambahnya.

Ciapannya telah mencetuskan perdebatan dengan ramai netizen dan ada menggelarnya sebagai 'ibu yang gagal' dan selebihnya menghargainya kerana menyokong anak-anaknya.

Ling yang mempunyai lebih 20,000 pengikut di Instagram menjadi terkenal selepas membintangi filem komedi tentera Singapura, 'Ah Girls Go Army' pada 2022. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!