Akmal ‘bantai’ JAIM tidak selesaikan isu beli kerusi meja murid sekolah agama

Iklan
Muhamad Akmal Saleh

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang tidak menyelesaikan isu pembelian kerusi meja dalam bilik darjah kepada murid sekolah agama di sebuah daerah negeri itu.

Beliau juga Ketua Pemuda UMNO itu berkata, kerenah birokrasi yang berterusan menyebabkan murid-murid di sekolah berkenaan terpaksa belajar di atas lantai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peruntukan fasiliti di sekolah negeri itu sudah diluluskan sejak Disember tahun lalu, namun sehingga Mei 2024 pelajar di sekolah tersebut masih tidak mendapat keperluan kerusi meja.

Menerusi hantaran video 3 minit 53 saat di Facebooknya itu menunjukkan, Muhamad Akmal meminta penjelasan segera daripada seorang pegawai yang didakwa daripada JAIM itu.

Iklan

"Lima bulan kena tunggu. Ustazah kata dari tahun lepas mereka sudah mohon, saya tengok peruntukan dah sampai hujung tahun lepas. Buat apa ini ustaz sampai lima bulan?

"Inilah saya kata masalahnya kita ambil sambil lewa. Aduan daripada guru besar kita ambil sambil lewa. Kita bagi orang ini buat. Birokrasi banyak sangat,” katanya pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Muhamad Akmal turut menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.

Menerusi perbualan tersebut, Salhah menafikan bahawa terdapat kelewatan dalam meluluskan peruntukan di semua sekolah negeri berkenaan.

"Birokrasi JAIM yang melambatkan kerja.Kalau tak boleh tak apa saya bawa Exco, kita rombak semula JAIM.

"Kalau tak boleh buat kerja balik,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!