Jae-hong mahu pemain bangkit bertemu Sabah

Iklan
Jae-hong mengharapkan kemenangan di laman sendiri ketika turun melayan kunjungan Sabah FC pada Jumaat.

PENGENDALI Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong mengharapkan kebangkitan barisan pemainnya selepas dikecewakan oleh Sri Pahang Sabtu lalu ketika melayang kunjungan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.

Justeru, Jae-hong memberitahu, perlawanan dengan Sabah FC dalam saingan Liga Super Malaysia di depan penyokong sendiri itu sangat penting buat pasukan dalam mengutip mata.

Iklan
Iklan

"Kita mahu memungut mata pertama pada saingan liga musim ini selepas tewas ketika bertemu Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada aksi pembukaan saingan Liga Super sebelum ini hasrat pasukan Kelantan untuk membuat kejutan di Stadium Temerloh tidak kesampaian selepas gol tunggal Manuel Hidalgo meraikan kemenangan Sri Pahang.

Iklan

Dalam pada itu, pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui sudah membuat perancangan rapi dengan memberi fokus kepada sesi latihan dan merencana jentera serangan agar mampu menghasilkan jaringan pada pertemuan dengan Sabah.

"Bagaimanapun kita tetap berhati-hati dengan kekuatan pasukan pelawat dan tidak memandang ringan kebolehan mereka," katanya.

Iklan

Jelasnya, Kelantan Darul Naim FC sedar dengan ancaman Sabah FC kerana mereka dibarisi pemain kebangsaan dan kualiti keseluruhan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee memang tidak boleh dipertikai.

Justeru itu, Jae -hong serta keseluruhan kejurulatihan pasukan akan menyediakan barisan pemain terbaik untuk cuba memenangi perlawanan di laman sendiri itu nanti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!