Guru pengsan ketika cuba padam api

Iklan
Guru berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Gulau untuk pemeriksaan lanjut. Foto JBPM

SIK - Seorang guru wanita dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika menjalani latihan demonstrasi memadam kebakaran di sebuah sekolah dekat sini kira-kira jam 10.37 pagi Rabu.

Kejadian itu pada mulanya menimbulkan panik dalam kalangan murid dan warga sekolah selain ada yang menyangka tindakan guru berkenaan hanya sekadar gurauan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, keadaan menjadi cemas setelah guru berusia 33 tahun itu didapati benar-benar pengsan dan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, kejadian berlaku apabila pihaknya sedang melakukan Taklimat Keselamatan Awam dan Latihan Kebakaran di sekolah berkenaan.

Iklan

Menurutnya, guru terbabit dikatakan menyahut cabaran murid supaya cuba melakukan demonstrasi memadam api bersama pasukan bomba.

"Kejadian turut disaksikan kira-kira 350 murid dan guru lain di sekolah berkenaan.

Iklan

Zulkhairi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Gulau untuk rawatan lanjut.

"Keadaan mangsa bagaimanapun telah kembali sedar dan dilaporkan stabil," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!