Malaysia alih fokus Indonesia slot tiga terbaik Asia

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Thailand di Chonburi 2024.

PEMAIN negara diminta melupakan kekalahan 1-2 kepada Thailand di separuh akhir yang menidakkan impian ke perlawanan akhir Piala Asia Hoki Dalam Dewan Wanita Chonburi 2024.

Sebaliknya, pengendali skuad negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi, mahukan pemain kembali bangkit lebih baik serta bersemangat pada aksi terakhir penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Indonesia.

Iklan
Iklan

"Barisan kejurulatihan berharap pemain akan bangkit untuk perlawanan berdepan Indonesia. Kecewa tetap kecewa. Tetapi perjuangan kami masih belum selesai dan kami masih ada satu lagi perlawanan penting esok dengan misi mencari kemenangan," katanya.

Mengenai perlawanan berdepan Thailand, Rodzhanizam mengakui pemain-pemain negara tidak memperagakan aksi pada tahap terbaik dalam perlawanan tersebut.

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Thailand di Chonburi 2024.

"Secara keseluruhan perlawanan menentang Thailand, kami tidak bermain sebagaimana permainan ketika menentang Iran. Thailand satu pasukan yang telah melakukan persediaan lebih awal serta menyeluruh untuk ke Piala Asia berbanding kami dan ianya dapat dilihat daripada cara permainan mereka.

"Pemain bermain dengan baik, tetapi tidak dalam keseluruhan permainan. Itu kekurangan pada perlawanan separuh akhir hari ini. Bagaimanapun, semangat juang yang tinggi telah diberikan oleh semua pemain dan kebangkitan yang mereka tunjukkan wajar diberikan kredit," katanya.

Iklan

Di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi, kebangkitan skuad negara selepas ketinggalan 0-2 menerusi jaringan pukulan sudut penalti Nur Atira Mohamad Ismail pada minit ke-32 tidak cukup padu mengikat kedudukan untuk mengheret ke penentuan shoot-out.

Dua gol lawan dijanakan menerusi jaringan pembukaan pukulan sudut penalti minit ketujuh, Todkaew Jiratchaya dan gol gerakan padang minit ke-27, Sakulpithak Tikhamporn membantu Thailand untuk beraksi di pentas final Chonburi 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!