PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberkas tiga pengawal keselamatan warga Filipina yang menggunakan MyKad rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini.
Suspek yang berusia antara 30 hingga 34 tahun itu ditahan jam 6 petang Rabu oleh Bahagian Penguatkuasa JPN ketika sedang bekerja di Kajang, Selangor.
Menurut sumber, kesemua suspek memperoleh kad pengenalan terbabit dengan meminjam daripada rakan.
Bagaimanapun salah seorang daripada suspek pula didapati memiliki kad pengenalan palsu.
"Mereka menggunakan kad pengenalan milik orang lain dan palsu sebagai identiti bagi tempoh empat bulan hingga dua tahun," katanya.
Dua daripada tiga suspek memilik pasport Filipina manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Siasatan terhadap ketiga-tiga suspek mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
"Kesemua mereka ditahan bagi mendapatkan perintah tahanan reman daripada Majistret Kajang," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!