Israel tahan Ahli Parlimen Finland

Iklan
Ahli Parlimen Finland, Anna Kontula ditahan pihak berkuasa Israel kerana cuba masuk ke Semenanjung Gaza secara haram.

RAMALLAH - Tentera Israel kelmarin menahan lima rakyat Finland termasuk seorang Ahli Parlimen negara itu selepas cuba melepasi pagar yang memisahkan wilayah Palestin dan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber media Israel, Ahli Parlimen Finland terbabit dikenal pasti sebagai Anna Kontula.

Iklan
Iklan

Empat lagi warga Finland yang ditahan adalah aktivis kemanusiaan.

Mereka cuba masuk secara haram ke Gaza sebagai membantah krisis kemanusiaan di wilayah itu yang dikepung Zionis sejak 13 tahun lalu.

Iklan

Selain ditahan, pasport dan telefon bimbit mereka turut dirampas.

Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak 2006 dan menutup semua akses keluar masuk ke wilayah tersebut.

Iklan

Hanya Kerem Shalom satu-satunya pintu sempadan untuk membawa masuk barangan dari dunia luar ke Gaza. - Agensi