Selamba mengaku bunuh kekasih ketika siaran langsung

Iklan
Maninder ditahan di studio News18 selepas dia mengaku membunuh teman wanitanya. - Foto Agensi

NEW DELHI - Gara-gara mengaku membunuh teman wanitanya ketika siaran langsung di televisyen, seorang lelaki di India menerima padah apabila dia ditahan serta-merta oleh pihak berkuasa.

Maninder Singh, 27, dilaporkan memaklumkan kepada jurukamera di pejabat News18 di bandar utara Chandigarh bahawa dia mahu membuat pengakuan.

Iklan
Iklan

Kakitangan stesen TV itu kemudiannya membawa Maninder ke studio dan dia memberitahu pengacara rancangan tersebut tentang perbuatannya.

Menurut lelaki itu, dia membunuh Kaur kerana rancangan mereka untuk berkahwin dihalang keluarga teman wanitanya atas alasan berbeza kasta.

Iklan

Jelasnya, dia nekad membuat pengakuan tersebut kerana keluarganya sering didatangi polis sejak mayat kekasihnya ditemui di sebuah hotel pada 30 Disember lalu.

"Dia mahu publisiti dan simpati. Dia juga berharap ada peguam yang mahu mengendalikan kes tersebut secara percuma kerana tidak mempunyai wang untuk proses itu," kata jurucakap polis Chandigarh, Neha Yadav.

Iklan

Sementara itu, polis Punjab memberitahu, Maninder juga disyaki membunuh bekas kekasihnya di Haryana dan dibebaskan dengan ikat jamin, namun kes tersebut masih disiasat.

Insiden itu bagaimanapun dibandingkan dengan salah satu babak dalam filem Joker sekali gus menimbulkan isu tentang etika media. - Agensi