MBSA beri makanan percuma kepada 300 pengunjung

Iklan
Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Cheremi Tarman (tengah) memberikan makanan percuma kepada orang ramai sempena program Makan Percuma Peringkat MBSA pada Rabu lalu bertempat di Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberikan makanan percuma kepada 300 orang sempena program Makan Percuma Peringkat MBSA pada Rabu lalu bertempat di Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam.

Program berkenaan telah mendapat kerjasama daripada gerai makanan dan minuman terpilih di Medan Selera ini dengan kadar RM10 untuk seorang dan seramai 300 pengunjung telah menyertai program ini.

Iklan
Iklan

Pihak MBSA juga akan mengenalpasti dua lagi lokasi untuk program seumpama ini iaitu gerai di kawasan sebelah utara dan selatan di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Ir. Cheremi menyendukkan lauk kepada salah seorang pengunjung yang hadir pada program makanan percuma MBSA.

Iklan
Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan di dalam kawasan pentadbiran MBSA seperti pekerja industri, penjawat awam, dan pelajar institut pengajian tinggi.

Selain itu, program Makan Percuma Peringkat MBSA ini adalah platform pihak

MBSA untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti dan pada masa yang sama dapat mempromosikan kesedaran tanggungjawab sosial di kalangan warga Shah Alam terutamanya komuniti setempat untuk membantu golongan yang lebih memerlukan.

Iklan

Sebahagian daripada orang ramai sedang mendaftar untuk mendapatkan kupon percuma sempena program Makan Percuma Peringkat MBSA.

Ia juga merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu Tiada Kemiskinan (SDG 1) dan Komuniti dan Bandar Mampan (SGD 11).

Program tersebut telah disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Ir Cheremi Tarman dan turut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Datuk Bandar, Madiyan Baweh, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 merangkap Ahli Majlis MBSA, Suryamuizzudin Kamarudin, Ahli Majlis MBSA, YM. Tengku Ahmad Tengku Kasim, Ahli Majlis MBSA, Mohd Firdaus Mokhtar, serta pengurusan tertinggi MBSA.