Indonesia salahkan Malaysia dan Singapura?

Iklan
Indonesia dakwa pernah memiliki kilang pembuatan industri semikonduktor pada tahun 1973. - Foto Agensi

JAKARTA - Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto mendakwa Malaysia dan Singapura menjadi punca kepada negara ketiga demokrasi terbesar di dunia itu tidak berdaya maju dalam industri semikonduktor.

"Singapura dan Malaysia tidak senang melihat industri itu berkembang di Indonesia, makanya mereka memberi tekanan kepada kita dengan membuat 'bising' menggunakan badan bukan kerajaan, supaya kita tidak berjaya dalam industri semikonduktor, ini realitinya," lapor CNN Indonesia memetik ucapannya sempena seminar ekonomi.

Iklan
Iklan

Ujarnya, Indonesia sebelum ini hampir berjaya dalam industri berkenaan bagaimanapun ia tidak bertahan lama selepas pelabur-pelabur antarabangsa mula berpindah ke Malaysia.

"Sejak itu Malaysia telah menjadi kuasa besar dalam industri semikonduktor di Asia Tenggara," katanya lagi.

Iklan

Menurut catatan Kementerian Perindustrian, Indonesia pernah memiliki kilang pembuatan industri semikonduktor pada tahun 1973. Industri komponen cip semikonduktor yang merupakan pelaburan daripada dua syarikat multinasional Amerika Syarikat aitu Fairchild Semiconductors dan National Semiconductors.

Bagaimanapun, disebabkan masalah buruh, pelabur kilang semikonduktor memilih untuk berpindah ke Malaysia pada tahun 1985. Sejak itu, pembuatan semikonduktor Indonesia telah kehilangan tempat kepada Malaysia. Malah, Indonesia telah menjadi pengimport semikonduktor.

Iklan

Malah, Malaysia juga dilaporkan muncul sebagai destinasi yang tidak dijangka untuk industri semikonduktor global, di sebalik kegemaran konvensional China ekoran langkah syarikat-syarikat itu mahu melindungi kepentingan geopolitik mereka.

Akhbar perniagaan Financial Times yang berpusat di Britain melaporkan berpuluh-puluh syarikat telah menubuhkan operasi di Malaysia dalam tempoh 18 bulan yang lalu, terutamanya di Pulau Pinang, seperti gergasi cip Amerika Micron dan Intel, syarikat semikonduktor Eropah AMS Osram dan Infineon, dan Fengshi Metal Technology yang berasal dari Suzhou, China. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!