KUALA LUMPUR - Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Menerusi hantaran di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, perkara itu disampaikan semasa pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim di pejabat kementeriannya di Putrajaya hari ini.