Tangki air dicemari bangkai haiwan
Iklan
SHAH ALAM - Syarikat perkhidmatan pembersihan takungan air mendedahkan setiap dua daripada 10 tangki rumah persendirian di negara ini dikotori lumut dan dicemari dengan bangkai haiwan seperti kucing, tikus, ular serta burung.
Kekotoran lumpur dalam tangki penyimpanan air bersih di bangunan kondominium, pangsapuri dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) mencecah ketebalan 15 sentimeter (sm).