KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama GTR Burger di pejabat urusan kelab di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
"Perjanjian persefahaman ini melibatkan beberapa perkara utama berkenaan perniagaan dan penjenamaan diantara kedua-dua pihak.
"Pada majlis ini juga, pihak GTR Burger juga memberi penerangan menyeluruh berkenaann produk dan jenama mereka kepada kelab serta kelebihan yang akan diperoleh Kelantan Darul Naim FC," kata kelab dalam satu kenyataan.
KDN FC akan berdepan Sabah FC dalam perlawanan Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu pada Jumaat.
Terdahulu skuad Kijang Emas tewas 0-1 kepada Sri Pahang FC dalam perlawanan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, pada 11 Mei lalu.
Jaringan dijelmakan minit ke-63 separuh masa pertama hasil sepakan percuma Manuel Hidalgo menjadi jurang pemisah buat kedua-dua pasukan, dalam perlawanan yang turut menyaksikan menyaksikan sistem video bantuan pengadil (VAR) tidak dapat digunakan berikutan masalah teknikal.
INFO
LIGA SUPER 2024/25
Jadual Perlawanan
JUMAAT (17 MEI)
Kelantan Darul Naim FC lwn Sabah FC
(Stdm Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, 9 malam)
SABTU (18 MEI)
Johor Darul Ta’zim lwn Negeri Sembilan FC
(Stdm Sultan Ibrahim, 5 petang)
Selangor FC lwn Kedah Darul Aman FC
(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.15 malam)
Perak FC lwn PDRM FC
(Stdm Perak, 9 malam)
AHAD (19 MEI)
Kuching City FC lwn Sri Pahang FC
(Stdm Negeri, 4.45 petang)
Penang FC lwn Terengganu FC
(Stdm Bandaraya, 8.15 malam)
* Tarikh, venue, masa tertakhluk kepada perubahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)