Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE

Iklan
Kereta Proton Pesona yang terbabas lalu terbalik dalam longkang di KM 226.1 Lebuhraya WCE arah utara, malam tadi. Foto ihsan JBPM Perak

MANJUNG - Dua wanita cedera manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan selamat setelah kereta yang dinaiki terbabas lalu terbalik dalam longkang di Kilometer (KM) 226.1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu mengakibatkan salah seorang mangsa tersepit dalam kenderaan itu.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Sitiawan bergegas ke lokasi.

"Terdapat empat orang mangsa dalam kereta jenis Proton Pesona iaitu dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

Iklan

"Didapati seorang mangsa wanita tersepit, seorang lagi cedera, manakala dua lagi selamat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Sabarodzi berkata, komander operasi kemudian melaksanakan size-up serta mengaplikasikan konsep SAVER.

Iklan

Katanya lagi, mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.

Setelah itu, mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!