Mayat pertama mangsa lemas ditemui

Iklan
Mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21 tahun, ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat, kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian. FOTO: Bomba

DUNGUN - Mayat pertama kes lemas membabitkan empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) ditemui jam 7.30 pagi ini.

Mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat, kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Pembuatan Teknikal di PSMZA dibawa ke Hospital Dungun.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed Sabarudin dan Mohammad Amir Izzudin Zulkiflee.

Iklan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu.

Terdahulu, Muhammad Zul Fahmi bersama tiga lagi rakan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara dua hari lalu.

Iklan

Dalam kejadian itu, dua lagi mangsa iaitu Muhammad Hazman Muhammad Zamili, 21, dan Muhammaf Irfan Kamarulzaman, 21, terselamat.