JOHOR BAHRU - Proses bedah siasat membabitkan mayat dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi sedang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada Jumaat.
Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi.