Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia 80 tahun itu ditemukan di atas katil di rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang tinggal seorang diri meninggal dunia bukan disebabkan lemas dan jiran mangsa yang memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sabarodzi berkata, pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan bantuan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.58 pagi.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail dalam kenyataan berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan sakit tua.

"Kematian mangsa tidak berkaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun disebabkan banjir,” katanya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!