12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India, kata pegawai.

Angka korban dalam serangan kilat itu dilaporkan di daerah Malda, kira-kira 327 kilometer di utara Kolkata, ibu kota Bengal Barat, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Pegawai berkata, kesemua mangsa berada di luar rumah mereka yang bekerja di kebun dan ladang ketika petir menyambar mereka.

Setiap tahun dengan bermulanya musim tengkujuh, ratusan penduduk mati dalam kejadian kilat di India. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!