53 kes peguam pecah amanah libat kerugian lebih RM54 juta disiasat

Iklan
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 kes pecah amanah melibatkan peguam membabitkan nilai kerugian lebih RM19 juta direkodkan sejak Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah yang direkodkan ini dijangka terus meningkat.

Iklan
Iklan

"Statistik merekodkan sebanyak 31 kes pecah jenayah oleh peguam sedang disiasat melibatkan nilai kerugian berjumlah RM35,916 664.36 pada tahun 2023.

"Bagi tahun 2024, sehingga 15 Mei, sejumlah 22 kes sedang disiasat dengan nilai kerugian RM19,056,415.39," katanya dalam sidang akhbar di JSJK Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Iklan

Ramli berkata, polis menerima dua laporan berkaitan kes pecah amanah melibatkan peguam pada 15 Mei lalu.

"Kes pertama direkodkan melibatkan pengarah syarikat membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh sebuah firma guaman babit kerugian lebih RM3 juta.

Iklan

"Kes kedua turut melibatkan pengarah syarikat yang mendakwa rugi RM4.8 juta gara-gara menjadi mangsa penipuan sebuah firma guaman dalam urusan pembelian tanah," ujarnya.

Sementara itu, dalam kes berlainan, hasrat seorang pesara untuk mendapatkan kembali wang dilaburkannya pada Februari lalu lebur apabila sekali lagi diperdaya sehingga mengakibatkan mangsa rugi sebanyak RM619,390.80.

Ramli berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya pada 12 Mei lalu.

"Mangsa yang merupakan seorang wanita berumur 56 tahun itu menerima e-mel daripada sebuah syarikat yang menawarkan untuk mendapatkan semula wang dilaburkannya pada 2020.

"Mangsa dipercayai menyertai pelaburan berkenaan namun gagal mengeluarkan wang pelaburan tersebut dan mengalami kerugian sebanyak AS$4,000," tambahnya.

Ujarnya, mangsa setuju dengan tawaran diberikan sebelum diminta membuat bayaran.

"Mangsa kemudiannya melakukan beberapa transaksi bagi memulakan proses mendapatkan semula wang berkenaan.

"Dalam masa sama, mangsa turut berminat dengan skim pelaburan kripto oleh kumpulan sama yang menjanjikan nilai keuntungan sebanyak 35 hingga 50 peratus sebulan berdasarkan jumlah pelaburan yang dibuat," jelasnya.

Menurutnya, mangsa melakukan 28 transaksi ke tujuh akaun bank yang berbeza dengan nilai keseluruhan RM619,390.80.

"Bagaimanapun sehingga kini, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan atau mendapat semula wang pelaburan yang dijanjikan.

"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!