Dakwa syarikat pro Israel beli saham MAHB hanya hasut kebencian - Anwar

Iklan
Anwar (dua dari kanan) ketika sidang media bersama wakil media Malaysia di Kazakhstan, hari ini. Foto Bernama

ASTANA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

Beliau berkata, dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Iklan
Iklan

".. tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari adalah fitnah dan hasutan.

"Ringgit dan bursa bertambah mengukuh itu hanya menyakitkan hati mereka (pembangkang)," katanya dalam sidang media pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke Kazakhstan di sini, hari ini.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan yang mengatakan bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membeli saham MAHB sehingga 70 peratus manakala lima peratus lagi akan dikuasai kerajaan Abu Dhabi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan