Serangan balai polis: Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Iklan
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi Jumaat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi Facebook rasminya pada Jumaat memaklumkan pihaknya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas berhubung insiden terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya ingin sampaikan ucapan takziah kepada keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, dua anggota polis yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi tadi.

"Semoga insiden serangan seperti ini tidak akan berulang lagi. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Iklan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail turut terkejut dan sedih atas insiden itu dan mewakili warga kementerian mengutuskan salam takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban.

eliau yakin pihak polis sudah memulakan siasatan terperinci berhubung insiden itu dan mempertingkat aspek keselamatan pada tahap maksimum di semua lokasi yang berisiko.

Iklan

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan seluruh warga agensi berkenaan menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat.

"Kami mendoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh. Amin. Al-Fatihah,” menurut hantarannya dalam Facebook.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mendoakan semoga Allah S.W.T merahmati roh kedua-dua mangsa dan ditempatkan bersama para syuhada, muttaqin serta orang soleh.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut, manakala seorang cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga mengesahkan seorang suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden terbabit dipercayai ahli Jemaah Islamiyah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!