BN menang di Kimanis bukti kebangkitan rakyat: Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri Yaakob

SHAH ALAM – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semalam sebagai bukti kebangkitan rakyat yang kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan itu juga pasti menguatkan lagi blok pembangkang di Parlimen untuk terus memperjuangkan suara rakyat Sabah dengan penambahan kerusi Kemanis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

Iklan
Iklan

"Tahniah sekali lagi kepada calon BN (Mohamad Alamin) dan terima kasih pengundi Kimanis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad menang dengan majoriti 2,029 undi undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.

Iklan
Iklan

Keputusan yang memihak kepada Mohamad itu sekali gus mencatatkan kemenangan kelima BN selepas berjalan dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.