'Rafah di hujung tanduk'

Iklan
Pelarian Palestin mengemas khemah mereka sebelum berpindah keluar dari Rafah ketika Israel melancarkan serangan di bandar itu. - AFP

BAITULMAQDIS - Kira-kira 600,000 penduduk Palestin melarikan diri keluar dari Rafah dalam tempoh 10 hari sejak pasukan tentera Israel (IDF) melancarkan serangan serentak menerusi darat, udara dan laut ke bandar yang terletak di selatan Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penghijrahan beramai-ramai terbaharu dalam konflik Hamas-Israel sejak 7 Oktober lalu sebagai 'perpindahan paksa'.

Asap menjulang tinggi di timur Rafah selepas Israel melancarkan perang di bandar tersebut. - AFP

Iklan
Iklan

Ketika ini, penduduk Gaza dilihat menyusuri jalan yang rosak akibat dibom sambil membawa khemah dan apa saja yang masih tinggal di kediaman lama mereka.

Dalam tempoh 48 jam, lebih daripada 150,000 penduduk Palestin melarikan diri dan jumlah itu dijangka terus meningkat selepas Israel melakukan serangan di Rafah yang sebelum ini digelar 'zon selamat' yang didiami 2.2 juta penduduk.

Penduduk Palestin berpindah dari Rafah dengan menaiki motosikal sambil membawa barangan peribadi masing-masing. - AFP


Penduduk Palestin terpaksa berpindah ke lokasi lain ketika tentera Israel mula menyerang bandar Rafah. - AFP

Iklan

Sejak 6 Mei lalu, Israel telah mengeluarkan arahan pemindahan ke timur Rafah dan memberitahu penduduk supaya pergi ke utara yang digelar 'zon kemanusiaan'.

Semasa temubual dengan puluhan penduduk Palestin, mereka menyatakan tiada lagi tempat selamat untuk mereka pergi selain Rafah.

Iklan

Shireen melarikan diri bersama keluarganya dari kem pelarian Beit Hanoun semasa kediaman mereka dibom tentera Israel sejak awal konflik bermula.

Seorang kanak-kanak Palestin membawa bekas makan ketika seluruh penduduk Palestin berdepan kebuluran teruk sejak konflik Hamas-Israel meletus pada 7 Oktober lalu. - AFP

Mereka telah berpindah sebanyak enam kali sejak semasa perang yang kini berlangsung selama tujuh bulan.

Sebuah keluarga menggunakan lori untuk memuatkan barangan mereka untuk melarikan diri berpindah keluar dari Rafah. - AFP

"Perjalanan pemindahan mesti diteruskan," katanya.

Wanita Palestin membawa anak-anaknya keluar dari Rafah ketika pertempuran semakin sengit antara pejuang Hamas dan tentera Israel. - AFP

Kementerian Kesihatan dikendalikan Hamas melaporkan serangan berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu telah mengorbankan 35,272 orang dan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!