Roti 'paratha diesel' laku keras

Iklan
Tangkap layar video yang memaparkan pembuatan 'roti canai diesel' berkenaan.

NEW DELHI - Tular satu video di platform media sosial mendakwa seorang penjaja makanan di Chandigarh menggunakan diesel untuk memasak roti canai (paratha).

Klip video berdurasi tiga minit itu memaparkan seorang lelaki yang meniaga di tepi jalan menuang lebihan minyak yang didakwa sebagai diesel ke atas permukaan roti tersebut.

Iklan
Iklan

"Ini 'paratha diesel'," demikian menurut penjaja tersebut yang turut menegaskan bahawa roti berkenaan menjadi lebih sedap disebabkan oleh penggunaan minyak berkenaan.

Menurutnya, roti tersebut laris dan sebanyak 300 keping terjual kepada orang ramai setiap hari.

Iklan

Penyebaran video itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut supaya bahagian pengawal selia makanan India untuk memulakan siasatan.

Malah dia mendakwa sebuah blogger makanan sengaja mencari sensasi dengan mengeluarkan video tersebut.

Iklan

"Kami menyediakan makanan yang bersih kepada orang ramai di sini. Kami tidak memperjudikan nyawa orang," katanya sambil menambah dia hanya menggunakan minyak yang selamat untuk dimakan.

Setelah isu itu hangat diperkatakan, penyebar video berkenaan akhirnya tampil memohon maaf kepada orang ramai.

"Kepada semua pihak di Chandigarh khususnya dan di seluruh India, saya dengan rendah hati memohon maaf, saya amat kesal dengan kandungan video yang disebarkan itu hingga menimbulkan kesusahan kepada banyak pihak," ujarnya.

Video itu telah dipadamkan, namun ia tetap menimbulkan pelbagai reaksi kurang menyenangkan dalam kalangan warganet. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!