Kronologi Balai Polis Ulu Tiram diserang

Iklan

BERIKUT merupakan kronologi kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengakibatkan dua anggota polis maut.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat itu, seorang konstabel dipercayai meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala seorang lagi maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Iklan
Iklan

1-2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2 - Pada masa sama, suspek yang menunggang motosikal masuk ke dalam kawasan balai dan terus ke bahagian belakang balai.

Iklan

3 - Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek yang bersenjatakan parang. Suspek kemudian merampas sepucuk pistol milik anggota berkenaan.

4 -Dua anggota polis yang menyedari kejadian itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku tembak-menembak dengan suspek.

Iklan

5-2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala manakala seorang lagi cedera ditembak. Suspek kemudian berjaya ditembak mati oleh anggota polis.