West Ham akan cuba tewaskan kami - Guardiola

Iklan
Guardiola - Foto: AFP

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berkata, dia menjangkakan satu lagi perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris yang mendebarkan, sama seperti kempen 2021-22 apabila kelabnya hampir kehilangan kejuaraan pada hari terakhir sebelum gol lewat memastikan trofi itu menjadi milik City.

City berada dua mata di hadapan Arsenal dan boleh memastikan kejuaraan keempat berturut-turut jika mereka menewaskan West Ham United di laman sendiri.

Iklan
Iklan

City menjulang torfi EPL mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata pada Mei 2022, tetapi pasukan Guardiola itu mengharungi perlawanan terakhir mereka ketinggalan 0-2 sebelum bangkit untuk menang 3-2 sekali gus menafikan mahkota kelab Merseyside itu.

"Saya mempunyai perasaan ia akan menjadi (seperti) perlawanan Aston Villa sekali lagi. Kami ingin berada 3-0 selepas 10 minit tetapi ia tidak akan berlaku. Saya sudah melihat (perlawanan West Ham).

Iklan

"11 pemain West Ham akan bersedia untuk menewaskan kami. Seperti Aston Villa, dua musim lalu, mereka tidak bermain untuk apa-apa tetapi saya tahu apa yang berlaku," katanya.

Guardiola juga tidak menjangkakan pasukan Arsenal yang diuruskan oleh bekas pembantunya Mikel Arteta, akan tewas apabila berdepan Everton di tempat sendiri.

Iklan

"Pada masa itu, takdir di tangan kami. Tetapi jika anda menunggu mereka kehilangan mata sekali lagi, anda silap.

"Jika anda fikir Arsenal akan tewas di Old Trafford (menentang Manchester United), lupakan perkara itu. Jika anda fikir Everton akan melakukan sesuatu (Ahad), lupakan perkara itu.

"Ini tidak akan berlaku. Kami melakukan apa yang kami perlu lakukan di Crystal Palace, menentang Wolves, Fulham, Spurs dan kini kami mempunyai perlawanan terakhir. Jadi mereka (pemain) tahu kami perlu menang... jika tidak Arsenal akan menjadi juara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!