74 PATI masuk bekerja secara haram diserbu

Iklan
Antara individu yang diperiksa pegawai JIM Pahang dalam operasi pada Rabu lalu. - Foto: FB JIM Pahang

KUANTAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 74 pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana disyaki masuk dan bekerja di negara ini secara haram hasil serbuan ke atas beberapa premis di sekitar Kuantan dan Rompin Rabu lalu.

JIM Pahang dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, sepanjang operasi itu, seramai 150 individu diperiksa dan 74 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, PATI yang ditahan berusia 22 hingga 51 tahun itu terdiri daripada 43 warga Indonesia, 25 warga Bangladesh dan enam warga Myanmar.

"Serbuan dijalankan antara jam 11.30 pagi hingga 6 petang melibatkan pasukan operasi dianggotai 18 pegawai itu dijalankan hasil maklumat awam tentang keberadaan PATI yang disyaki bekerja secara haram.

Iklan

"Semua tahanan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut," katanya.

JIM Pahang dalam kenyataan itu turut memaklumkan pihaknya juga sedang mengesan pemilik premis terlibat bagi membantu siasatan.

Iklan

"Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran golongan itu di negeri ini.

"Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!