165kg daun ketum dirampas di tebing Sungai Golok

Iklan
Gambar hiasan.

KOTA BHARU - Sebanyak 165 kilogram (kg) daun ketum berjaya dirampas Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (RS2) di tebing Sungai Golok dekat Tanah Merah dua hari lepas.

Panglima Markas 8 Briged, Briged Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata, rampasan itu dilakukan hasil rondaan pasukan yang terserempak dengan tiga lelaki sedang memunggah plastik hitam ke dalam bot di tepi Sungai Golok.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian jam 7 pagi Jumaat itu, kesemua lelaki terlibat yang menyedari kehadiran pasukan RS2 telah bertindak melarikan diri ke negara jiran dan pemeriksaan yang dilakukan menemukan 11 plastik hitam mengandungi 165kg daun ketum bernilai RM15,675," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daun ketum itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Iklan
Iklan

Katanya, rampasan itu adalah yang kedua dalam bulan ini dengan yang pertama pada 8 Januari lepas membabitkan 60kg daun ketum. - Bernama