Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Iklan
Skuadron Istiadat Berkuda dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu I sempena Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara yang berlangsung pagi ini.

Istiadat tersebut melibatkan seramai 14 pegawai dan 185 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan Skuadron Istiadat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (ATM).