Kempen SKSPS diperluaskan setiap negeri

Iklan
Kula Segaran (kiri) menerangkan faedah mencarum SKSPS kepada peniaga Pasar Buntong.

IPOH - Kementerian Sumber Manusia mensasarkan setiap rakyat terutama yang bekerja sendiri dapat diberi perlindungan dengan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Menterinya, M Kula Segaran berkata, statistik menunjukkan hanya 46,065 orang telah mendaftar dengan skim itu setakat semalam.

Iklan
Iklan

"Menjadi misi Perkeso supaya setiap rakyat dapat dilindungi daripada sebarang bahaya dengan mencarum SKSPS serendah RM13.10 setiap bulan atau tidak sampai 50 sen setiap hari.

"Skim yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu ini telah membayar faedah sebanyak RM762,652 kepada 260 penerima terdiri daripada orang bekerja sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan SKSPS di Pasar Buntong di sini hari ini.

Kula Segaran (kiri) menerangkan faedah mencarum SKSPS kepada peniaga Pasar Buntong.

Iklan

Menurutnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memperhebatkan promosi skim tersebut dengan mengadakan jelajah di setiap negeri.

"Dengan kempen ini, ia dapat membuka mata orang bekerja sendiri ini untuk mencarum. Mereka boleh buat pilihan bayaran secara bulanan atau tahunan.

Iklan

"Walaupun skim ini bukanlah suatu yang wajib, kita berharap orang ramai dapat merebut peluang ini untuk manfaat diri sendiri selepas mencarum,” katanya.

Kula Segaran berkata, SKSPS itu akan diperluaskan melibatkan 19 sektor pekerjaan sendiri antaranya pertanian, pengangkutan, perniagaan online serta kesenian.