Mayat kedua pelajar PSMZA ditemui selang empat jam

Iklan
Keadaan laut yang masih bergelora: Gambar: Ihsan APMM Kemaman.

DUNGUN - [DIKEMAS KINI] Mayat kedua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini ditemukan terapung tidak jauh daripada lokasi penemuan mangsa pertama di Pantai Sura, di sini.

Mayat mangsa kedua itu disedari oleh nelayan terapung di permukaan air selang empat jam selepas mayat pertama, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, ditemui.

Iklan
Iklan

Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Dungun bagi proses pengecaman oleh ahli keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pertama mangsa lemas ditemui

Empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas

Terdahulu, mayat pertama kes lemas membabitkan empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) ditemui jam 7.30 pagi ini.

Iklan

Jasad Muhammad Zul Fahmi ditemui oleh orang awam kira-kira 7 kilometer (km) arah selatan dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) iaitu di Pantai Sura berhadapan Mayangsari Resort.

AKAN MENYUSUL

Iklan